Friday 29 May 2015

Bila dah M.A.L.A.S.......mmmmmm





ASSALAMUALAIKUM,

Bila sampai jew M.A.L.A.S jadinye hampehhhhhhh. Dolu- dolu masa ghajin duk masak- memasak, baking- membaking tak de la plak nak terpikiaq nak berblog berbagai. Dah berblog M.A.L.A.S  tu memanjang jewwwwww. Sesak nafas akk ni tau. Apa-apa pun resepi apam yang sememangnye gebus dan sedap ni telah dibuat rabu yang lepas . Hasil perkongsian dari  Kak Linakz Shaari. Rugi kalau tak cuba tau !!!!! Akk ni dah rugi banyak sesangat sebab lambat buat  :'( . Dahla senang jew.....lambat lak tu buat :'(
Ok untuk resepi yang best ni leia C & P ya kak Lina kat sini .....thanks bebanyak kak

APAM PISANG GEBU

Oleh : Kak Linakz Shaari


Bahan:
1 cawan pisang lenyek
1/2 cawan minyak (akk guna minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula perang (kurang lebih ikut selera masing2)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Cara:
Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan. Perap 20 minit. Sapu minyak pada acuan. Bila kukusan dah panas boleh mula mengukus. Bubuh adunan 3/4 acuan saja.. nanti dia naik tinggi. Kukus 40 minit dgn api besar. Siap. Selamat mencuba.

* kalau guna acuan lompang/seri ayu kukus 15-20 minit

*balut penutup periuk kukus dgn aluminium foil/ kain utk elak air menitis pd apam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...